Sinopsis

Jangan Tegur mengisahkan Natasya (Julia Ziegler) yang telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan koma selama beberapa minggu. Sewaktu di dalam koma, Natasya telah bermimpi tentang seorang gadis bernama Baizura (Nadia Mustafar) yang disyaki telah hilang 2 tahun secara misteri tanpa khabar berita. Natasya sering diganggu dengan mimpi-mimpi aneh yang menceritakan akan kesengsaraan Baizura yang telah dibomoh dan sering didatangi makhluk-makhluk halus. Tersedar dari koma, Natasya mula mengalami perkara yang sama seperti yang telah dialami oleh Baizura. Daya penglihatannya tidak membataskan dia melihat makhluk-makhluk halus itu. Ini menambahkan kerunsingan suami Natasya iaitu Kamal. Kamal (Pierre Andre) pula adalah seorang yang tidak mempercayai benda-benda khurafat ini sehinggalah dia melihatnya sendiri. Melalui mimpi-mimpi yang dialami, Natasya mula menyiasat apakah yang telah berlaku kepada Baizura. Siasatan yang dilakukan telah menyebabkan dia sering diganggu oleh makhluk-makhluk yang menganggu Baizura seperti dalam mimpinya. Apakah yang berlaku kepada Baizura? Mengapakah Natasya dibayangi dengan kemunculan Baizura? Apakah kaitan mereka berdua? Saksikan kemunculan filem Jangan Tegur yang bakal menemui anda nanti..

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Almy Nadia, Ellie Suriati, Azri Iskandar, Kaza dan ramai lagi.


7 comments:

S@i_LyAn4 said...

best2!!cter ni best!!!!

azuraini abd rahman said...

Saya sudah menonton filem ini, pada mulanya saya agak skeptikal dengan filem genre sedemikian kerana saya beranggapan ia lebih kurang dengan filem "Jangan Pandang Belakang".

Namun dengan keinginan untuk tahu jalan ceritanhya saya menontonnya
juga di pawagam di Puchong.

seperti yang saya jangkakan ia banyak menggunakan elemen-elemen untuk buat penonton terkejut! Pada awalan kisah ia telah banyak paparkan elemen 'terkejut' dan ia berjaya! Semasa menonton, penonton disebelah kiri saya (semasa dipanggung) terdiri daripada kumpulan remaja perempuan yang tidak sudah-sudah menjerit kerana unsur suspen kejutan yang diulang-ulang.

Agak terganggu juga tapi saya buat tak kisah sebab mereka dah bayar tiket, takkan kita nak marah-marah pulak!

Namun apa yang yang saya ingin kongsikan adalah perjalanan ceritanya agak tersusun, para pelakon lebih banyak tonjolkan lakonan ekpresi muka dan body language yang saya fikir agak berjaya.

Isi cerita pun boleh tahan...namun saya agak kecewa dengan babak akhir kisah yang TIDAK BEGITU DRAMATIK! Kesudahan filem ini yang amat simple dan ini tidak mengagumi saya.

Saya sendiri pernah juga melihat hal-hal kerasukan.

Memang betul kuasa ALLAH dapat menewaskan kuasa jahat, namun dalam realiti, untuk melawan kerasukan - memang banyak cabarannya dan banyak perkara yang di luar jangkaan berlaku. Untuk itu, filem "Jangan Tegur" agak kurang berjaya menonjolkan pertarungan yang hebat...ini dibuktikan semasa penghujung jalan cerita, ramai penonton bertanya "Aik, macam tu aje sudahnye???"

Satu cubaan berjaya dan ada improvasi setelah "Jangan Pandang Belakang" dan "Congkak"

jaCq said...

saya baru jer habis menonton citer ni tadi.. hahah... sory la lambat sket g tengok!! okey la citer nie. saya yang jarang menjerit tym tengok citer seram pown boleh menjerit (slalu kwn saya kata saya mcm xda perasaan jer tengok citer hantu!!) tahniah la pierre andre. at least citer nie lebih baik daripada jPb dan congkak. tapi kalau tym ustaz berlawan ngan natasha (hantu) ada thrill lagi, mesti lagi kick la!!! part2 hantu lawan ngan kuasa ustaz pasti lagi buat kiter teruja kot!! neway, gud job!! make up pown bagus sgt!! rasanya terbaik kot yang saya pernah tengok!!! lagi baik dari make up erra fazira dalam hingga hujung nyawa rasanya. seram la make up dier!! sound effect pown menjadi!!!

*best plak tengok hantu g goda ustaz. menjilat2 lagi tue!!! hahah... tahniah la julia. hebat lakonan!!!

Resepi Sedap & Mudah said...

Banyak cerita seram lagi @http://watch-free-horror-movies.blogspot.com/

ayie said...

nasib baik dpt tiket free tengok, sbb jalan citer tak best ler. pastu byk shoot yg tak sepatutnya.

bagi 2/5 bintang jer ler camtu

Nur said...

x best ke....??
mana yg betul ni...best ke x...?

JAIRO said...

aku dah review wayang ni kat blog aku... ada a few komen yang negatif dan positif!!!

link: http://tikamlidah.blogspot.com/2009/05/jangan-tegur-jangan-tonton-wayang-seram.html